Cakap Berapi

Blog Pedas Dalam Bahasa Pasar

Selasa, 2008 Jun 17

2 Teori Mengapa Terperangkap Mengedar Atau Membawa Dadah

Sekarang ini kalau kita tengok, banyak budak-budak Malaysia yang tersangkut diluar negara kerana bawa dadah. Negara luar yang tahan mereka. Sebab-sebabnya:-
  • Tolong bawa bagasi orang
  • Memang jual dadah

Tolong bawa bagasi orang
Saya sendiri pernah bawakan bagasi orang. Tapi saya periksa bagasi tersebut supaya jangan ada dadah atau barang terlarang. Saya juga berdoa pada Tuhan supaya tidak dianiaya.

Apa pun, saya musykil dengan kebergantungan pihak syarikat penerbangan yang menyimpan data penerbangan dan data setiap penumpang kapal terbang. Pada hemat (pemerhatian) saya, Iran Air, syarikat penerbangan yang saya gunakan, agak kekampungan sedikit pengurusan mereka.

Setibanya di pejabat mereka yang berdekatan dengan KLCC, tiada sistem panggilan nombor yang terlibat dan yang lebih membimbangkan data penumpang boleh dilihat atau dibelek sendiri sewaktu saya ingin memilih serta menulis nama bagi pemberian maklumat dalam jadual penerbangan mereka.

Persoalannya, apakah syarikat penerbangan yang lain, juga sama begitu? Jika ya, ini sangat bahaya bagi seseorang yang membawa bagasi kecil atau pun melancong berseorangan. Orang seperti ini mungkin akan dihidu oleh penumpang lain yang berniat jahat (bagi tujuan mengedar dadah).

Lebih menakutkan jika teori-1 saya ini benar, iaitu syarikat penerbangan sendiri yang bersubahat dengan pengedar dadah dalam membekalkan maklumat para penumpang, yang dilihat mudah untuk diperdayakan dalam misi pengedaran dadah mereka. Ini satu cara bagi mana-mana syarikat penerbangan ingin mencari untung lebih atau bail-out (bawa keluar) kerugian mereka.

Dan teori-2 saya berikutnya, ialah kerajaan sendiri mungkin ada merancang satu rancangan, untuk menakut-nakutkan anak-anak muda yang sudah fed-up dengan Malaysia dan ingin mencari makan di luar negara. Kerajaan mungkin ingin mengawal anak-anak muda ini supaya tidak lari ke luar negara (terutama wanita) walaupun kerajaan sendiri tahu mereka gagal membawa belia ini ke arah yang berjaya.

Bagaimana kerajaan hendak membela nasib para belia jika gaji minimum tidak diwujudkan oleh kerajaan ini? Mereka (para belia) kecewa kerana tidak dapat pendapatan yang setimpal atau lebih daripada yang diharapkan. Apakah gaji mereka hampir sama, atau sudah sama dengan pendatang asing? Apakah inflasi yang meningkat sekarang, satu kejayaan yang dicapai kerajaan atau sesuatu yang membantu para belia ini?

Kalau nak kata pengedar dadah tidak bersubahat dengan pihak syarikat penerbangan atau dengan pihak kerajaan, takkanlah pengedar dadah ini sanggup melancong begitu sahaja demi menunggu mangsa di lapangan terbang? Bolehkah mereka ini kehulu-kehilir dengan dadah di dalam lapangan terbang semata-mata untuk mencari mangsa?

Memang jual dadah
Bagi yang memang mengedar atau pun menjual dadah, golongan ini memang mencemarkan nama keluarga, rakan-taulan, negara, agama dan diri mereka sendiri.